Sunday, November 13, 2011

Puteri Ke-5...Hani Taheera





Alhamdullillah...syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah selamat dikurniakan puteri ke-5 pada 19.10.2011.


Mama dan abah tetap bersyukur di atas anugerah Allah ini kerana inilah rezeki yang telah ditetapkan olehNya.
Melalui surah Asy-Syura ayat 49-50, Allah menyebut:

"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."

Semoga anakanda Hani Taheera menjadi insan solehah dan Qistina Sofiyya, Aleesha, Hana Nazeeha dan Radhiyatul Mardhiah juga menjadi anak-anak solehah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Amin...

Sunday, June 26, 2011

Happy Birthday Dhiya...2 Julai 2011

Sayang Dhiya...
Happy Birthday in advance!
Mama, Abah, Kakak Sofi, Kakak Aleesha & Kakak Hana harap Dhiya sihat selalu...
Semoga menjadi anak yang solehah.
Amin..

Wednesday, April 13, 2011

Happy Birthday Abah!

Happy Birthday Abah!

Sorry la..Abah...kami tak beli hadiah untuk Abah...cuma sebiji kek je...

Mocca Almond...



Nak suruh Abah tiup lilin...budak2 tu pulak terlebih sibuknye....bukan Abah yang tiup...

Mereka siap nyanyi lagi untuk Abah...


Nak potong kek pun...nak kongsi jugak...Isk...isk...


Kami mendoakan semoga Abah dipanjangkan umur dalam iman, dianugerahkan kesihatan yang sempurna, diperluaskan pintu REZEKI dan sentiasa diberkati Allah.

Amin..

Monday, February 21, 2011

Happy Birthday 2 Kakak Qistina - 9 years old!

Kasihan Kakak...nampaknya tahun ni mencatat sejarah bagi Birthday Kakak...tak de kek..tak de party...dah tentu tak de goodies untuk kawan2... Tentu terasa kelainannya...Selama 8 tahun tak pernah miss untuk celebrate birthday Kakak ni...
Tak pelah...Mama dan Abah belanja makan kat Francisco di Bukit Jelutung. Order apa yang nak dimakan...he..he..peluang sekali-sekala tu...
Baru ada peluang minum minuman "berais" ni...kasi 'can' sikit....

Yang 2 orang ni pun..tak melepas peluang...masing2 pun order....

Chicken Chop! ..tapi rasanya tak sesedap kat Big Plate la...

Hana...kalau pasal makan..no. 1

OK..semoga Kakak menjadi anak yang solehah...semakin bijak dan sihat selalu..

Wednesday, January 5, 2011

Bowling...Monterez Club..

Oh Aleesha....very excited! Tapi setiap kali turn dia...Abah tolong golekkan bola...ha..ha.

Kakak buat sendiri...tapi energy tak cukup untuk golekkan bola...so masuklah longkang!

Ha...tu diaaa.....
Gaya seorang pemain bowling profesional...Ye ke??
Mama excited dapat kalahkan Abah dalam round ke-2.
Yahooo...
Mama first time main....
Nanti kita main lagi ye....seronok walaupun jari2ku sakit semua...