Sunday, November 13, 2011

Puteri Ke-5...Hani Taheera





Alhamdullillah...syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah selamat dikurniakan puteri ke-5 pada 19.10.2011.


Mama dan abah tetap bersyukur di atas anugerah Allah ini kerana inilah rezeki yang telah ditetapkan olehNya.
Melalui surah Asy-Syura ayat 49-50, Allah menyebut:

"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."

Semoga anakanda Hani Taheera menjadi insan solehah dan Qistina Sofiyya, Aleesha, Hana Nazeeha dan Radhiyatul Mardhiah juga menjadi anak-anak solehah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Amin...

No comments: