Sunday, November 13, 2011

Puteri Ke-5...Hani Taheera





Alhamdullillah...syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah selamat dikurniakan puteri ke-5 pada 19.10.2011.


Mama dan abah tetap bersyukur di atas anugerah Allah ini kerana inilah rezeki yang telah ditetapkan olehNya.
Melalui surah Asy-Syura ayat 49-50, Allah menyebut:

"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."

Semoga anakanda Hani Taheera menjadi insan solehah dan Qistina Sofiyya, Aleesha, Hana Nazeeha dan Radhiyatul Mardhiah juga menjadi anak-anak solehah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Amin...

Sunday, June 26, 2011

Happy Birthday Dhiya...2 Julai 2011

Sayang Dhiya...
Happy Birthday in advance!
Mama, Abah, Kakak Sofi, Kakak Aleesha & Kakak Hana harap Dhiya sihat selalu...
Semoga menjadi anak yang solehah.
Amin..

Wednesday, April 13, 2011

Happy Birthday Abah!

Happy Birthday Abah!

Sorry la..Abah...kami tak beli hadiah untuk Abah...cuma sebiji kek je...

Mocca Almond...



Nak suruh Abah tiup lilin...budak2 tu pulak terlebih sibuknye....bukan Abah yang tiup...

Mereka siap nyanyi lagi untuk Abah...


Nak potong kek pun...nak kongsi jugak...Isk...isk...


Kami mendoakan semoga Abah dipanjangkan umur dalam iman, dianugerahkan kesihatan yang sempurna, diperluaskan pintu REZEKI dan sentiasa diberkati Allah.

Amin..