Monday, February 25, 2008

Iwak Lele & Pisang


Inilah keluasan ladang pisang yang nak diusahakan.
Ini pula penternakan ikan keli dalam kanvas di Kampung Sg. Manila. Ooo... ikan sekarang pun dah pandai pakai elektrik...kalau tak de letrik...mati...Kita dulu zaman kecik2 tak kenal letrik pun...pakai lampu minyak tanah je!

Sunday, February 24, 2008

Sehari di Kampung






Balik kampung hari Sabtu. Sampai ke kampung dah petang pun sebab abah kerja! Tu... abah dan mak tengah memasukkan kelapa kering ke dalam karung. Sebelah petangnya...kitorang gi tengok ikan keli dan puyu dalam kanvas... beli sekali. Bukan main takut lagi Kakak dan Aleesha..ikannya melompat je..

Pagi Ahad, abah gi kebun tolong Lek Hadi tanam pisang. Tengoklah aksi Si Kakak dan 'Kakak Kite' tu..... tengah berlakon siram bunga tengah-tengah panas terik.... lakonan diarahkan oleh Abah sebagai 'Pak Direktor'.

Sunday, February 17, 2008

Aktiviti di Hari Minggu




Inilah kebun kesayangan abah....

Si Hana yang gemar memakai kasut abahnya. Macam kartun pulak!
Lihatlah ' 3 budak' .... 2 budak kecil dan 1 budak besar sedang bergaya di atas basikal masing-masing!

Bengkel Zakat Industri Kewangan



Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS) telah menganjurkan Bengkel Zakat Industri Kewangan bermula 30hb Januari hingga 31hb Januari di Hotel Bluewave Shah Alam. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato Setia Hj Mohd Adzib B Mohd Isa.
Objektif bengkel ini terbahagi kepada dua iaitu membangunkan prinsip-prinsip umum taksiran zakat perniagaan untuk pelbagai institusi kewangan dan membangunkan prinsip-prinsip umum taksiran zakat untuk simpanan atau pelaburan dalam pelbagai jenis produk kewangan.Bengkel yang diadakan buat julung-julung kalinya ini adalah pertemuan seumpamanya di Malaysia yang melibatkan perjumpaan pelbagai pihak (stakeholder) dalam persekitaran produk-produk kewangan seperti: institusi zakat, practitioner perbankan, kesatuan bank (AIBIM) dan badan kawal selia kewangan dan pasaran modal di peringkat kerajaan persekutuan (SC dan BNM).
Perbincangan menumpukan tentang prinsip dan asas kiraan zakat untuk simpanan atau pelaburan dalam harta-harta kewangan (financial assets) berbanding pelaburan dalam harta tetap (physical assets) yang secara umumnya tidak dikenakan zakat.Pelbagai isu berkenaan simpanan dan pelaburan telah dibincangkan. Antaranya kewajipan zakat terhadap jumlah nilai akaun pendeposit (dana pendeposit) di dalam institusi perbankan.
Ahli-ahli bengkel telah bersetuju bahawa dalam isu ini, kewajipan membayar zakat adalah di pihak kepada pendepositor itu sendiri dan bukannya bank atau institusi yang menguruskan dana deposit tersebut. Sebaliknya, pembayaran zakat daripada jumlah dana deposit oleh pihak bank dilakukan atas konsep pilihan (bukan kewajipan) dan merupakan kelebihan sahaja. Isu ini berbeza dengan pembayaran zakat perniagaan untuk entiti perniagaan (bank atau institusi) di mana pembayaran zakat entiti adalah turut merangkumi pemilikan oleh pemilik-pemilik bersama (pemegang-pemegang saham).
Ini selaras dengan hukum bayaran zakat harta bercampur (khultah) bagi harta yang disatukan untuk tujuan diniaga atau dikembangkan.Perbincangan juga menerangkan bagaimana sifat dan kontrak deposit di bank jauh telah berubah berbanding dahulu. Selain daripada akad simpanan berbentuk ‘plain vanilla’ seperti wadiah yad dhamanah dan mudarabah, telah wujud applikasi akad-akad baru dalam kontrak deposit (atau deposit berstruktur) di institusi kewangan, seperti deposit berasaskan tawarruq, wakalah dan lain-lain.
Ahli bengkel juga telah didedahkan dengan kemajuan pesat dalam pembangunan produk kewangan Islam samada produk-produk di pasaran primer mahupun pasaran sekunder (dimana ‘aset atau sekuriti’ tersebut diperdagangkan untuk kali kedua dan seterusnya). Selain itu, bengkel ini juga membincangkan prinsip-prinsip taksiran zakat untuk ‘perniagaan’ institusi kewangan yang secara asasnya merupakan perniagaan perkhidmatan (samada memberikan pembiayaan daripada sumber deposit atau perkhidmatan berasaskan fi)Sebelum bengkel berakhir, peserta bersetuju untuk mewujudkan satu bentuk kajian yang lebih terperinci berkenaan pelbagai aspek terkini yang wujud dalam pelbagai produk kewangan yang sifatnya kompleks, seterusnya melahirkan satu kerangka atau prinsip umum taksiran zakat untuk produk-produk ini.
Di antara wakil-wakil organisasi yang menyertai bengkel ini ialah daripada Prof Madya Dr Aznan Hassan, Ahli Penasihat Shariah, Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Nurdin Ngadimon, Jabatan Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti (SC), En Mohamed Rithuan Mohamed Shamsidun, Pengerusi Eksekutif, Persatuan Institusi Bank-Bank Islam Malaysia (AIBIM) dan delegasi seramai enam orang daripada CIMB Islamic Bank Berhad yang diketuai oleh Tn Hj Ismail Mahayudin, Penasihat, CIMB Islamic Bank Berhad. Dipihak LZS (MAIS), empat panel pakar rujuk LZS (MAIS) yang menyertai bengkel ini ialah Prof Madya Dato Hj Mokhtar Shafii, Prof Madya Dr Hailani Muji Tahir, Prof Madya Syed Mohd Ghazali Wafa dan Prof Madya Dr Mujaini Tarimin. Peserta jemputan lain mewakili firma akauntan bertauliah AFTAAS, Wan Ali Jaafar & Associates serta Presden, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA).

Thursday, February 14, 2008

Happy Birthday Kakak ( 6 Tahun )






Happy Birthday to kakak! Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang sempurna dan menjadi anak yang baik.
Bukan main seronok lagi bila kata nak sambut b-day kat tadika. Dah tak sabar2. Si Aleesha pun sama jugak..tumpang sekaki...

Monday, February 11, 2008

Sunday, February 10, 2008

Kenangan Di Melaka (7-8 Feb 2008)


Di lobi Hotel MITC
Di Taman Rama-Rama

Hari kedua di Melaka. Panas terik!

Ke Sekolah Berpakaian Sukan






Inilah aksi-aksi budak berdua ni dengan baju dan kasut sukan. Rajin mereka bangun pagi.

Masing-masing Nak Tunjuk!



Inilah hasil kerja Kakak kat tadika. Memang tak sabar suruh mama lekat kat dinding.
Aleesha pulak nak show dia tengah menulis. Pandai berlakon pulak!

Tuesday, February 5, 2008

Catatan Harian

Hari ni...Selasa..tiba-tiba pulak Aleesha teringin nak ke sekolah. Mungkin dia seronok tengok kakaknya bawa lukisan balik ke rumah semalam. Semalam petang mama sempat main badminton dengan abah...mama yang penat...abah cuma warm up je. Bila tukar main dengan Wawan...abah terus 'pengsan'.

Sunday, February 3, 2008

Pelbagai Aksi Di Hujung Minggu

Mbah Nang sedang nyenyak tidur di kerusi. Gambar dirakam oleh Kakak pada pagi hari Ahad.

Cewah...aksi dua gadis genit yang selalu je bergaduh... di atas jalan raya di kampung. Eeee...tak malu..belum mandi pagi lagipun...Patutlah..suka tengok kambing! Mama nak ambik gambar kakak sebelah kambing...dia terus balik. Takut kut!

Ini pula...si Abah sedang mencuci kereta. Nak tau??? Abah guna syampu Sunsilk untuk cuci kereta tau...patutlah syampunya cepat habis je....
Kebetulan ada orang tengah sorong sampan...so tangkaplah gambar...sampan ni dibuat oleh Kang Papuk...untuk memancingla tu....
Ini pula sicomel Hana...sedang 'naik motor'nya. Seronoklah tu...asyik panjat kerusi je. Satu yang pelik...kalau balik kampung...suka sangat selak tikar getah..ntah apa yang dicarinya...